sikap kau, perangai kau
bukan semua suka
orang terima kau seadanya
orang cuba faham kau
tapi kau pernah faham orang?
yang kau tau
arah orang itu ini
bangga dengan apa yang kau punya
hidung tinggi
cakap ta semegah
kau kutuk orang
low standard
kau high standard sangat?
setahu aku, kau kenal semua benda dari orang
kau bukan begitu sebelum ni
aku boleh baca kau
boleh baca kau macam mana
orang macam kau ta boleh kalah
mahu lebih dari orang lain
walaupun kau terpaksa berhabis
untuk lebih dari orang lain
orang lain sikit pun ta kisah
serious
memang ta kisah
kau buat macam tu
lagi orang gelakkan kau
sebab kesian
sebab tada orang hairan pun dengan semua yang kau punya
lagi buat orang menyampah
dan ta mahu rapat dengan kau
manusia ada tahap kesabaran
selagi boleh tahan, tahan
lama lama menyampah
tinggalkan saja kau terkapai kapai keseorangan
akhirnya kau yang ta berkawan
aku dan orang lain ta pilih bulu
ta pilih bulu na kawan dengan orang
ta kisah kau miskin atau kaya
kau cacat atau sempurna
janji hati kau
hati kau putih, bersih
kami terima
ta perlu jadi orang lain
jadi diri kau sudah cukup